Resepi Asam Pedas Ikan Kerapu
Bahan bahan:
1 ekor ikan kerapu
2 batang serai - ketuk
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
1 kuntum bunga kantan - belah 2
Sedikit daun kesum
4 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar garam
250-300 liter air
Minyak
Bahan kisar
1 biji bawang besar - saiz besar
3 ulas bawang putih
3 hirisan lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Sayuran:
6-7 batang kacang bendi
1 biji buah tomato - belah 4
Cara cara:
1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masak sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan cili benar benar masak.
3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Kemudian, masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
4. Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan dan bunga kantan yang dibelah dua.
4. Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan dan bunga kantan yang dibelah dua.
5. Kemudian masukkan sayuran seperti daun kesum, bendi, tomato atau apa sahaja yang disukai.
6. Perlahankan api dan biar ianya merenih lama lama sehingga sayur lembut. Akhir sekali, baru dimasukkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota:
Masukkan air sedikit dahulu dan ditambah sehingga dapat kepekatan kuah yang disukai. Selepas ditutup api, kuah akan menjadi lebih pekat.
0 komentar:
Posting Komentar