Resepi Pengat Pisang Nipah Yang Sedap

Posted by

Resepi Pengat Pisang Nipah Yang Sedap

Pengat Pisang Nipah Yang Sedap

Bahan bahan:

1 sikat pisang kebatu
1 biji kelapa parut - santan
2 keping gula Melaka
1/4 cawan gula pasir - ikut manis disukai
1 sudu kecil garam kasar
5 sudu besar biji sagu
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara cara:

1. Masak gula Melaka dengan air dan daun pandan sehingga gula Melaka hancur. 
2. Satukan air gula Melaka dengan santan dan pisang. Kacau rata sehingga pisang lembut. Nota; Jika pisang belum cukup masak, boleh masak pisang dengan air gula Melaka terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan. 
3. Setelah mendidih, masukkan gula pasir dan garam. Kacau lagi. 
4. Setelah separuh pisang lembut, masukkan biji sagu yang telah direndam. Masak lagi sehingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok. 
5. Jika kuah terlebih pekat, bolehlah tambah air panas kerana setelah sejuk kuah akan menjadi lebih pekat. 
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Sagu boleh dimasukkan dengan cara memasaknya terlebih dahulu. Dengan ini, kita boleh mengagak kepekatan kuahnya. 

Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk membuang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja. 

Tuangkan sagu tadi ke dalam periuk pengat tadi. Kacau rata. 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 12, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan