Resepi Nasi Dagang Kelantan, Gulai Ikan Tongkol dan Sambal Kelapa Ikan

Posted by

Resepi Nasi Dagang Kelantan, Gulai Ikan Tongkol dan Sambal Kelapa Ikan

Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

Bahan bahan:

2 kg beras nasi dagang
2 biji kelapa - santan 
1 genggam kecil garam kasar - lebih kan supaya terasa masin 
1 sudu kecil gula 
5-6 ulas bawang merah - hiris, boleh tambah
2 inci halia - hiris nipis, boleh tambah
Halba secukupnya 

Cara cara:

1. Masak santan pekat dengan garam sehingga mendidih sahaja. Jangan sampai pecah minyak. Tutup api. Nota: perlu jika dimasak nasi dagang dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan ianya cepat basi.
2. Beras dibasuh dan direndam semalaman. Tos dan dikukus sehingga masak atau wap keluar. Angkat dan semasa masih panas panas, masukkan santan cair dan arung/kacau sehingga santan sebati dan beras cukup lembut. Nota: santan dibahagi kepada santan cair dan santan pekat.
3. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi sehingga wap keluar dalam 5 minit, angkat dan keluarkan. 
4. Angkat nasi dagang dan ketika masih panas panas, tuang santan yang dimasak, bawang merah, halia dan halba ke atas nasi dagang. Gaul dan kacau rata. 
5. Sedia untuk dihidangkan. Nasi dagang akan kekal elok dan tak basi sehingga ke malam pun. 

Gulai Ikan Tongkol Kelantan 

Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

Bahan bahan:

1 ekor ikan tongkol saiz besar - rebus dengan 1/2 keping gula Melaka, garam kasar dan 4 keping asam keping 
1 pek kecil rempah kari ikan
5-6 biji telur rebus
2-3 tangkai cili hijau solok
1 keping asam keping
Gula
Garam
2 sudu besar cili kering kisar- boleh ganti cili api jika mahu kuah lebih warna kuning 
1 kg santan

Bahan kisar:

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup 
1 sudu kecil rempah ketumbar
1/2 inci halia 

Cara cara:

1. Ikan direbus dengan garam, asam keping dan gula Melaka. Biarkan semalaman.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Kemudian masukkan serbuk kari. Tumis sehingga terbit minyak. Nota: cara orang zaman dahulu, tak perlu ditumis. 
3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau rata. 
4. Masukkan ikan rebus, asam keping, gula dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan cili hijau solok dan cili padi serta serbuk perasa, jika suka. 
6. Bila telah mendidih, perlahankan api dan renih dengan api perlahan sehingga kuah cantik, baru ditutup api.

Sambal Kelapa Ikan

Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

Bahan bahan:

1 biji kelapa parut 
5 ekor Ikan kembung saiz kecil 
Garam

Bahan kisar:

3-4 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 batang serai
1/4 keping gula Melaka

Cara cara:

1. Ikan direbus dan diasingkan isi dan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga lumat. 
2. Kelapa parut digoreng sehingga garing dan sedikit keperangan. Tumbuk kelapa parut goreng sehingga separuh halus.  
3. Masak bahan kisar sehingga kering. Tuang ke dalam kelapa tadi dan masukkan isi ikan yang ditumbuk.  Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. 
4. Sedia untuk dihidangkan. Saya suka makan dengan nasi impit. Sambal kelapa ini juga boleh dihidangkan sebagai sambal nasi kerabu.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 12, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan