Cara Masak Sotong Goreng Sambal Belacan
Bahan-bahan:
5 ekor sotong saiz sederhana - bersihkan - potong ikut citarasa - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
15 batang kacang panjang - potong sepanjang 3 cm
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - diketuk
cili padi - jika nak tambah pedas
3 sudu besar sambal belacan
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan - jika perlu (sambal belacan sudah ada rasa, sotong sudah dilumur dengan sedikit garam)
Cara cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.2. Masukkan sambal belacan dan tumis seketika.
3. Besarkan api dan kemudian masukkan serentak sotong, kacang panjang dan cili padi.
4. Kacau rata sehingga kacang panjang berubah warna.
5. Masukkan garam / perasa pilihan sekiranya perlu.
6. Padamkan api dapur.
Sotong Goreng Sambal Belacan dah siap.

0 komentar:
Posting Komentar