Resepi Acar Mentah Timun Nenas

Posted by

Resepi Acar Mentah Timun Nenas

Acar Mentah Timun Nenas

Bahan-Bahan : 

1 biji timun - dibelah dua dan dihiris nipis 
1/4 biji nenas - dipotong nipis 
2-3 biji bawang merah - dihiris
3-4 tangkai cili api kampung merah - di hiris nipis
2 senduk kecil cuka 
2 senduk kecil gula 
4-5 biji asam boi
Garam secukup rasa
Sedikit kacang tanah kisar - opsyenal

Cara cara:

1. Masukkan timun, nenas dan hirisan cili api ke dalam mangkuk besar. 

2. Satukan bawang merah, asam boi, cuka, garam dan gula. 3. Kacau sehingga gula hancur. Sesuaikan rasa. Tuang ke dalam mangkuk tadi. 

4. Gaul rata semua bahan. Sesuaikan rasa masin dan manis. Jika suka, boleh letak kacang tanah tabur ketika ini.

5. Hidangkan bersama nasi beriani. Nota: Boleh sediakan awal kerana lagi lama lagi mesra, rasanya dengan timun dan nenas. 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 10, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan