Resepi Daging Dendeng Berlada

Posted by

Resepi Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada

Bahan perap:

1/2 kg daging
1 inci halia
3 ulas bawang putih 
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara cara:

1. Kisar halia dan bawang putih. Lumur bahan kisar pada daging yang dihiris bersama garam dan serbuk kunyit selama 15 minit. 
2. Rebus daging sehingga empuk. Nota: Jika suka, masukkan sedikit cuka semasa memerap daging dengan bahan kisar. 
3. Angkat dan tumbuk manja manja jer daging dengan batu lesung. 
4. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga keperangan sahaja. 

Nota: Jika suka daging yang kering, boleh goreng sehingga daging garing. Angkat dan ketepikan. 

Bahan-Bahan Sambal: 

1 biji bawang besar 
1 biji buah tomato
7-10 tangkai cili merah  

Cara cara:

1. Kisar atau tumbuk kasar semua bahan di atas. Tumis dengan menggunakan minyak yang banyak lebihan menggoreng daging tadi. Nota: jika untuk memudahkan ditumbuk, boleh rebus cili seketika. 
2. Tumis sehingga sambal terbit minyak. Masukkan garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan daging yang telah digoreng dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Nota;
Boleh diceduk keluar minyak yang berlebihan. Tapi jangan buang semua, kerana minyak menyerap pada daging akan menjadikannya lebih sedap.

Cili merah lagi banyak lagi sedap dan boleh dibuat sebagai sambal masak seperti sambal masakan nasi padang.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 12, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan