Resepi Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Posted by

Resepi Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat

Bahan bahan:

Ikan kering
1/2 kg santan 
1 pek 24 gram serbuk kari ikan kering
1 keping asam keping
Sayuran - terung atau nenas
Garam
Gula

Bahan Tumis:

1 sudu besar halba campur - atau guna biji sawi
5-6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari

Cara cara:

1. Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.  Nota: ikan kering direndam seketika. 
2. Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi. 
3. Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan merenih. 
4. Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
5. Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas panas semua sekali  dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api. 
6. Biarkan beberapa minit sebelum dibuka penutup periuk dan kacau rata.  api. 

Nota:
Jika kuah pekat, boleh tanbah air panas. Bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat. 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 12, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan