Resepi Kari Kampung Ayam
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg santan segar
3 sudu besar rempah kari kampung
4-5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji ubi kentang
1 keping asam keping
Sedikit gula Melaka
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris halus sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata rata sehingga naik bau. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga agak agak air ayam kering dan ayam kecut. Masukkan ubi kentang.
4. Masukkan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Masak sehingga kuah sebati dan terbit minyak.
0 komentar:
Posting Komentar