Resepi Kuah Kacang Daging

Posted by

Resepi Kuah Kacang Daging 

Kuah Kacang Daging Istimewa Azie Kitchen

Bahan bahan:

3-4 kg daging - potong kecil dan rebus 
2 kg kacang tanah
2 cawan cili kering kisar 
2 1/2 cawan gula pasir perang
16 sudu besar gula pasir - atau secukup rasa
3-4 keping gula Melaka
3 sudu besar garam kasar - atau secukup rasa
4 cawan minyak jagung
24 batang serai 
16 cawan air atau secukupnya

Bahan kisar:

5 biji bawang besar
20 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas

Cara cara:

1. Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak. 
2. Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Jika kacang telah masak, kulitnya pasti akan terbang bila ditampi. Nota: Saya hanya bakar kacang menggunakan oven sahaja.
3 Kacang tanah dikisar dengan air sekadar untuk menggerakkan blender. Tuang ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
4. Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan. 
5. Setelah cili garing dan terbit minyak, masukkan kacang yang direbus, gula perang, gula Melaka dan garam. Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan air. 
6. Masak dengan api perlahan dan merenih sehingga kuah pekat yang disukai.
7. Sesuaikan  rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit. 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 12, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan