Resepi Sambal Ikan Bilis Garing

Bahan bahan:
100 gram ikan bilis
100 gram bawang ros India - hiris
8-10 gram cili kering
Gula – dikisar dengan cili kering
Sedikit garam, jika perlu
Minyak masak
Bawang goreng:
1 genggam bawang yang telah dihiris
3 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil garam – atau secubit
Cara cara :
1. Bawang yang telah dihiris dibasuh dan ditos. Bawang hiris digaul dengan tepung gandum, tepung jagung dan garam sejurus sebelum dimasukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Kirai kiraikan supaya tepung melekat rata pada bawang dan tidak terlalu tebal. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Ikan bilis dibasuh dengan air dan ditos tapi jangan sampai kering. Satukan dengan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dengan ikan bilis dan digaul rata sambil dikirai kirai. Biarkan selama 30 minit. Goreng sehingga garing dan rangup.
3. Akhir sekali, cili kering digoreng sehingga garing tapi jangan sampai hangus. Angkat dan dikisar kasar dengan sedikit gula. Jangan sampai hancur tapi seperti flake sahaja.
4. Gaulkan semua ikan bilis, bawang goreng, cili kisar, gula dan garam sehingga sebati. Selepas beberapa ketika, cili akan meresap dan warna akan menjadi cantik.
5. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Sedap dimakan dengan nasi, mee hoon, roti atau apa sahaja.

0 komentar:
Posting Komentar