Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Sedap

Posted by

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Sedap 

Sambal Ikan Bilis Kering

Bahan bahan:

250 gram ikan bilis
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
4 sudu besar penuh cili kering kisar - ikut suka pedas
1 keping asam keping
1 sudu besar gula atau secukup rasa
1 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara cara:

1. Ikan bilis digoreng garing. Angkat, tos dan ketepikan. 
2. Kisar bawang bawang dan cili sehingga halus. Kalau boleh kisar dengan blender kering atau dimasukkan minyak masak sahaja semasa mengisar. Jangan guna air.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga benar benar masak. Kena sentiasa dikacau kerana sambal bila hampir garing, boleh menyebabkan cepat hangit.
4. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Tutup api dan biarkan sambal sejuk. Jika minyak berlebihan, sendengkan kuali dan ceduk keluar. 
5. Setelah sejuk, masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata. Siaap. Simpan dalam bekas bertutup. 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Resep Masakan Updated at: Juli 12, 2019

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.
Resep Masakan