Resepi Sambal Sotong Kembang

Bahan bahan:
1 kg sotong kembang
1 keping asam keping
1/2 biji gula Melaka - saiz kecil
1 sudu besar gula atau secukup rasa
1 sudu besar garam atau secukup rasa
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4-5 sudu besar cili kering kisar
Belacan - saya tak letak
Cara cara:
1. Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar kering sehingga garing dan pecah minyak. Boleh tutup kuali jika tak mahu merecik.
2. Masukkan sedikit gula supaya berkaramel. Kacau seketika. Kemudian, masukkan pula gula Melaka.
3. Masukkan sotong dan kacau rata dengan api perlahan sehingga sotong lembut dengan air sotong yang akan keluar.
4. Masak lagi sehingga air sotong kering dan sambal terbit minyak.
5. Akhir sekali, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Bolehlah ditutup api dan ceduk minyak yang berlebihan.
Nota:
Jika suka boleh masukkan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak di tumbuk ke dalam sambal.
Nota:
Jika suka boleh masukkan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak di tumbuk ke dalam sambal.

0 komentar:
Posting Komentar