Resepi Sayur Losun Tumis dan Ikan Masin
Bahan-bahan:
1 kuntum bunga kantan yang sudah kembang - leraikan dari kelopak
1 keping isi ikan masin - rendam 15 minit - bilas - toskan - potong ikut saiz yang dikehendaki
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih5 biji bawang merah
12 biji cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.2. Kemudian masukkan ikan masin. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
3. Setelah ikan masin masak, masukkan sayur losun dan bunga kantan.
4. Gaul beberapa kali sehingga layu, dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Bubuh garam sedikit sahaja kerana sayur sudah sedia masin dengan ikan masin!
0 komentar:
Posting Komentar